Allah beri ujian sebab DIA sayangkan kita,..
DIA tahu kemampuan kita..
Di saat kita rasa terbeban dan tiada orang untuk mengadu,kita akan cari DIA..
kita akan minta dia memberi kekuatan pada kita..
Sedikit perkongsian ana..Allah ambil ibu abah ana. Singkat masa yang dipinjamkan untuk ana bersama mereka. Alhamdulillah,masa yang singkat itu ibu abah ana sempat memberi didikan agama yag terbaik buat ana. Hati remaja, mudah sangat goyah. Ana tidak terlepas kadang kala mempersoalkan takdir," mengapa ana yang diuji?" saat hidup rasa sangat membebankan ana sering berfikiran sebegitu. Ada satu tahap, ana berdoa " Ya Allah, izinkan ana dengar suara ibu walaupun sekali," mengarut bukan??? tapi ana tahu bukan ana sahaja berdoa seperti itu, ramai anak2 yatim berdoa perkara yang sama. Mengapa ingin mendengar suara ibu? sebab suara ibu itu mampu menenangkan hati. Buat mereka yang melului apa yang ana lalui,.sentiasalah zikrullah,.DIA akan membantu kita. Buat mereka yang tak lalui apa yang ana lalui,.hargailah ibu bapa anda, kerana pabila mereka sudah tiada, tidak ada istilah "kalau" lagi.
No comments:
Post a Comment