Nenek pergi bertemu penciptanya pada 4/7/2015..Sekali lagi Allah tak mengizinkan ana berada di samping orang yang tersayang di saat hembusan nafas terakhir.Ibu, abah dan kali ni nenek. Nenek mengambil alih tugas ibu menjaga kami dengan baik. Ana bersyukur dapat menjaga nenek ketika nenek sakit dan Allah mengizinkan ana melihat nenek buat kali terakhir.
Syawal pertama tanpa nenek. Sangat2 terasa. Kebiasaannya nenek akan memberi arahan untuk persediaan syawal. Mengecat,mengemas,mengelap,memasak....Setiap tahun nenek akan buat bahulu yang menjadi kesukaan ana. Tahun ini tak dapat rasa bahulu nenek...Nenek akan menganyam ketupat and after that cucu2 akan masokkan beras. Tahun ni ketupat tak jadi..last2 makan ketupat segera saja. Pagi syawal tidak kedengaran lagi riuh suara nenek mengejut semua orang bangun. Selepas bermaaf -maafan kami semua ke kubur menziarah kubur nenek and ibu...
Halimah binti Amri,.
Nama yang tidak dikenali oleh dunia,
Tidak pula dibanggakan oleh masyarakat,
namun hebatnya dia pada kasihnya,
menjaga cucu yatim piatu,
tanpa keluhan menguruskan kehidupan harian,
setiasa memberikan yang terbaik,
Janji Ilahi itu pasti,
Ganjaran akhirat akan dimiliki,
Anak2 yatim menjadi saksi,
pengorbanan nenek kekasih hati..
No comments:
Post a Comment