Monday, February 2, 2015

Abah pergi bertemu pemiliknya

1 Feb 2015,
Genap 5 tahun abah pergi,
Masa berlalu begitu pantas,
Tanpa sedar ana dapat melalui hari2 yang ana bayangkan susah suatu masa dulu,
Ana masih dapat mengingati hangat ciuman abah sebelum abah pulang ke KL,
Begitu berat ana rasa nak berpisah dengan abah saat itu,
Tidak tersangka bahawa itulah saat terakhir ana dengar suara abah,anak cium tangan abah,abah cium ana,ana lihat senyuman abah...

31 Jan 2010,
ana dapat berita abah ditahan di ICU HKL,
Hati tak keruan, ana takut kehilangan abah seperti mana kehilangan ibu,
Pak cik ana ambil ana dan adik2 untuk ke KL,
Pagi 1 Feb 2010 kami gerak ke KL,
Sepanjang perjalanan ana hanya mampu berdoa,
Semoga ALLAH izinkan ana memohon ampun pada abah,
Izinkan ana mendengar suara abah,
Sejam sebelum sampai,berita yang ana tidak mahu dengar akhirnya diberi juga,
Abah pergi buat selama-lamanya,menemui penciptanya,mengikut isterinya dan meninggalkan tanggungjawab besar buat ana,
Air mata tidak dapat ditahan lagi,
Ana cuba kuat agar adik2 kuat,tapi hamba yang baru berusia 14 tahun saat itu tidak kuat menerima berita yang besar itu...

Alhamdulillah,hari ini ana mampu menyambung pelajaran ijazah di UIAM,
Ana melihat banyak hikmah setiap kejadian dalam hidup ana sebelum ini,
Ana berusaha menjadi hamba Allah yang solehah agar ana dapat membawa ibu bapa ana ke syurga..

Sahabat,
hargai ibu bapa sahabat selagi mereka masih ada,
Belajarlah pengurusan jenazah,supaya sahabat dapat menguruskan jenazah ibu bapa sahabat,
andai mereka telah pergi menghadap Ilahi,
jangan sekali menyalahkan takdir,
percayalah Dia Maha Mengetahui,
Bersyukurlah sahabat masih dapat berbakti kepada mereka,
doakan mereka kerana doa anak yang soleh itu penyelamat mereka dari azab kubur dan azab api neraka,

Alfatiha buat ibu bapa kita yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia..

No comments:

Post a Comment