Monday, February 9, 2015

Sukarelawan Hospital

Alhamdulillah 7 Feb lepas ana dapat sertai program sukarelawan IOA ABIM,
Ada beberapa hospital,ana pilih Hospital Kuala Lumpur..
Menurut salah seorang sukarelawan yang biasa hadir,
Kebiasaannya sukarelawan yang hadir adalah mereka yang beragama selain Islam,
Yang beragama Islam kumpulan kecil mereka sahaja.

Tepat pukul 9.30 pagi,kami bergerak dalam kumpulan kecil ke beberapa wad,
ana pergi ke wad radioterapi & onkologi (kanser)..
Ada yang sedang menunggu untuk kemo,ada yang menunggu untuk kemo cycle seterusnya,
Terkedu apabila ada seorang aunty ni,dia pergi sendiri ke hospital,tanpa keluarga..
Semua yang kami jumpa sangat positif,.Alhamdulilah semuanya melakukan solat lima waktu..
Mendengar cerita dan melihat keadaan mereka memberi kesedaran besar kepada diri ini.
sebab itulah Islam menyuruh umatnya meziarahi orang sakit..
Mungkin nampak remeh tapi sebebnarnya banyak hikmah yang boleh kita dapat bila kita menziarahi orang sakit..




No comments:

Post a Comment