Diri ini memerhati setiap apa yang terjadi,
banyak kejadian yang tak diingini,
negara ana 'terkenal' dek kerana izin Ilahi,
terbuka aib tanpa dibatasi.
politik masih di tangkok lama,
fitnah menfitnah pasti ada,
sesama saudara menarik muka,
dek kerana mahukan kuasa.
kembalilah kepada fitrah,
ISLAM memudahkan segala yang susah,
andai ISLAM di pandang rendah,
kelak negara mendapat musibah.
negara jiran dah selangkah ke hadapan.
hukum ISLAM menjadi keutamaan,
rakyat sejahtera,negara aman,
contoh dah ada jadikan pedoman,
agar apa yang bakal diwariskan,
bukan negara yang penuh pergolakkan,
tapi negara penuh kerahmatan.
No comments:
Post a Comment