MH370 masih di nanti,
jerebu semakin teruk dari hari ke hari,
bumi panas tanpa air yang membasahi,
aktiviti harian terpaksa di batasi.
Ujian Allah ada hikmahnya,
Dia ingin kita dekat denganNya,
politik hampir menghadir sengketa,
kehilangan MH370 menyatukan semula.
Muslim bersatu berdoa pada yang Satu,
Mohon yang hilang dipertemu,
seluruh dunia tidak diam membatu,
banyak negara sudi membantu.
Dalam orang sibuk berdoa,
muncul insan yang menjadi pelawak dunia,
bukan saja memalukan bangsa,
malah agama dan juga negara,
ambil hikmah disebalik kejadian,
hukum Islam perlu ditegakkan,
bencana yang hadir merupakan teguran,
hukum Allah jangan dipermainkan.
ambillah langkah untuk berubah duhai pemimpin,
jauhi rasuah,arak,zina,majlis-majlis lagha,
jangan kau salah guna kuasa,
kerna setiap tingkahmu akan di kira.
No comments:
Post a Comment