semakin meningkat usia ana semakin merindui dia,
diri terbayang sesuatu yang tak mungkin terjadi,
andai dia masih ada, dapat ana kongsi pelbagai cerita,
andai dia masih ada, akan ana balik setiap kali tiada kerja,
andai dia masih ada, akan ana telefon dia untuk tahu khabar berita,
andai dia masih ada, ingin ana mendengar kata2nya,
andai dia masih ada, ana ingin makan air tangannya,
andai dia masih ada, takkan sekali ana benarkan dirinya terluka,
andai dia masih ada, akan ana buat dia sentiasa bahagia,
andai dia masih ada, ana takkan rasa kosong,
andai dia masih ada, hidup ini terasa sempurna.
Tapi itu semua harapan yang tak mungkin tercapai,
Kerna masa lalu tak mungkin kembali,
Dia lebih menyayangi dia yang ana sayang,
Dia Maha Mengatahui setiap takdir yang diberikan,
Dia ambil dia yang ana sayang,agar sayang ana hanya untukNya.
Luahan ini bukan kerna ana tak terima takdir,
luahan ini buat mereka yang masih punya insan yang disayangi,
penuhilah masa berharga yang diberikanNya,agar kamu tak rasa seperti ana,
rindu itu sakit,bertambah sakit andai yang dirindu tak mungkin ketemu di dunia.
rindu...Dia tahu apa yang ana rasa..
Dia Maha Pengasih...
No comments:
Post a Comment