Tuesday, December 16, 2014

kakak

"Kakak"
Panggilan ibu buat diri ana,
Ibu,..akak rindu nak dengar ibu memanggil akak,
Sahabat sahutlah setiap panggilan ibu kalian,
Kerana kalian tidak tahu bila masanya kalian akan rindu panggilan itu...

Allah Maha Mengasihani,
Dia sebaik-baik perancang...
Masuk CFS IIUM, ada sahabat ana panggil ana "kakak"..
Sebab ana lahr dulu antara mereka dan ana nampak matang,
Lagi satu,sebab ada nama yang sama,
Lepas mereka,kemudian sahabat2 dalam society panggil ana "kakak",
Masuk juniors,mereka pun panggil "kakak",
Sekarang ana sudah terbiasa dengan panggilan "kakak",
Sahabat ana dalam Censerve juga ana minta mereka panggil ana "kakak"..

Indahkan perancangan Dia??
Ana rindu suara ibu panggil ana "kakak",
Allah ubat rindu ana dengan sahabat2 ana panggil ana "kakak"..

Setiap kali melihat nota yang ibu tinggalkan buat semasa ana darjah 6,ana rasa bersalah dan menyesal,
kisahnya,ana ada lawatan darjah 6,ibu lambat ambil ana sebab ibu kerja,semasa ibu ambil,ana menunjukkan rasa tidak puas hati ana,Ibu tahu ana tak makan lagi,ibu bekalkan 2 bungkus mee goreng,Sebelum ibu pergi ibu pesan supaya mesej ibu bila dah sampai,.Semasa melihat plastik makanan,ada sekeping kertas yang  bertulis "kakak,maaf ibu lambat,ibu banyak kerja..jaga diri baik2,ibu sayang kakak"...saat itu tidak ada apa2 perasaan dari ana....Sekarang..nota itu menjadi pengubat rindu ana...Pengubat rindu buat insan yang telah banyak bekorban untuk ana,..

Buat sahabat,jangan sesekali bertindak mengikut perasaan,buat sebaik-baiknya untuk menjaga hati ibu bapa kalian..

Semoga Allah kurniakan syurga firdaus buat ibu bapa kita..amin..



No comments:

Post a Comment