Hari ini ana terasa sangat rindu pada ibu,abah dan nenek..
Apa khabar mereka di alam sana???
Adakah sampai doa2 ana buat mereka???
Dapatkah ana bersatu dengan mereka di akhirat sana???
Beruntunglah siapa yang masih ada insan2 yang mereka sayangi,
Ana kehilangan 3 tulang belakang ana 2008,2010,2015...
Ketentuan Dia, ana tiada bersama mereka saat nafas terakhir mereka,..
Saat ibu pergi,ana keluar sebentar menguruskan sesuatu,Allah ambil ibu saat ana keluar,sampai saja di hospital,orang memberitahu "ibu dah takde"...langkah yang berat diatur melihat jasad tanpa ruh..jasad insan yang mengandung,melahir,menyusu dan membesarkan ana...fikiran ana saat itu sangat kosong,..kemana orang suruh pergi ana pergi,.tiada siapa menyuruh ana memandikan ibu,ana hanya mampu menunggu walaupun hati memberonta untuk memandikan ibu..
mencium ibu buat kali terakhir,..menahan air mata dari jatuh sangat sukar,ana cium dengan cepat kerna takut air mata jatuh ke atas ibu walaupun kalau boleh taknak berpisah dengan ibu..
Saat abah pergi,abah masuk ICU,HUKL hari ahad,dari mersing ana dan adik2 gerak ke KL. Isnin pagi dalam perjalanan ke KL makcik ana bagi tahu "abah dah xde"...air mata mengalir..cuba ditahan dihadapan adik2,tapi tak mampu..tambahan lagi memikirkan tanggungjawab yang ana perlu pikul..
Saat nenek pergi,..tengah hari sabtu,adik ana whatsapp bg tahu nenek tenat..Ya Allah,berderau darah,degupan jatung laju...makcik ana mengahantar ana dan adik ana ke TBS..sampai di TBS kami mencari tiket ke Mersing secepat yang mungkin...dapat bas pukul 5 ptg..dalam perjalanan whatsapp masuk,."kak,nenek dah takde," Allah,...tiada kata dapat ana keluarkan..terlalu berat berita itu..separuh perjalanan pun belum ana lepasi,..sepanjang dalam bas,air mata tidak dpat ana tahan...ia mengalir setiap kali kenangan2 bersama nenek muncul...
Allah Maha Mengetahui setiap apa yang diaturkanNya,pasti ada hikmah mengapa Allah tak mengizinkan ana berada disamping mereka disaat mereka menghembuskan nafas terakhir..
Buat sahabat,..satu saat kita akan mengikuti mereka,..apa bekalan kita??? siapa yang bakal mendoakan kita????
No comments:
Post a Comment