berita MH370 mengejutkan seluruh dunia,
kemunculan raja bomoh menjadi bahan jenaka,
kehadiran panda menjadi tanda tanya,
isu halal timbul pula,
saat semua semakin reda,
adik Firdaus menarik perhatian Malaysia.
Ramadhan kini kunjung tiba,
hadir bersama berita kecewa,
peminta dan pemberi sedekah akan didenda,
alasannya tidak mampu diterima,
andai pihak berwajib menjalankan amalan dengan mulia,
pasti negara tiada orang yang meminta.
ana terfikir akan setiap apa yang berlaku dalam negara, negara kita di namakan negara Islam sedangkan ajaran Islam tidak diamalkan di negara kita. pusat maksiat semakin bertambah, jenayah tak mampu dicegah.Program agama dijalankan, program hiburan masih tidak dihentikan.
Bila hukum hudud diutarakan,diberi Alasan untuk tidak melaksanakan,yang sedihnya orang Islam sendiri menjadi duri.
melihat situasi sekarang,ana risau andai kerana sikap orang kita tak berubah,Allah akan memberi amaran..
No comments:
Post a Comment