Friday, November 15, 2013

ibu abah

Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati..
setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
walaupun pahit untuk melepaskan, namun kita tiada pilihan,
segala aturan Dia pasti ada hikmahnya,
Dia tak bagi apa yang kita mahu tapi Dia bagi apa yang kita perlu.

kehidupan tanpa ibu abah sangat sukar,
hilangnya kasih tempat bermanja,
hilangnya insan tempat berlindung,
hilangnya abah tempat belajar,
hilangnya ibu tempat mengadu.

mereka pergi di kala ana baru ingin mengenali dunia sebenar,
mereka pergi di kala ana masih lagi memerlukan,
mereka pergi meninggalkan tanggungjawab besar buat ana,
mereka pergi meninggalkan empat puteri,
mereka pergi tanpa kembali lagi.

Rindu ana pada mereka hanya Allah yang Maha Mengetahui,
Ada saat ana tak dapat terima bahawa mereka telah tiada,
Kenangan bersama sentiasa segar di ingatan,
Doa dan ziarah menjadi penawar segala-galanya.

Alhamdulillah, segala puji buatMU Ya Allah,
Kau ambil mereka,
Kau kekalkan iman di hati ana,
Sukar hidup tanpa mereka, namun ana yakin sukar lagi hidup tanpa iman di hati.








No comments:

Post a Comment