Sunday, November 11, 2012

kanak-kanak zaman sekarang

Melihat keletah adik-adik saudara ana, sungguh mencuit hati...

semalam,adik saudara ana berumur 6 tahun ingin telefon mak cik ana yang keluar,.ana sempat dengar dia cakap "maaf ye, saya nak telefon ibu saya,"
adik ana tanya dia, " abang telefon siapa?" dia cakap," abang nak telefon ibu, tapi tertelefon polis,"
ana dengan adik ana da terkejut, " macam mana abang tahu tu polis?" "dia cakap dia polis"
bila lihat adik saudara ana yang rasa takut, ana dan adik ana cuba tenangkan dia, bagi tahu dia yang orang tu main2 saja...kelakar ada, kesian pun ada bila lihat muka dia.

adik saudara ana yang berumur 1 tahun lebih sudah pandai cakap. Bila nak tengok upin ipin dia on komputer, lepas tu panggil siapa2 suruh buka upin ipin. Kalau rasa panas, nanti dia tarik siapa2 lepas tu cakap "kon,kon,"...

bila lihat keadaan kanak-kanak zaman sekarang, cepat betul fikiran mereka berkembang.
teknologi terkini di hujung jari mereka, sedangkan orang dewasa pun ada yang tidak mengetahuinya.
tapi sayang seribu kali sayang bila lihat ramai kanak-kanak sibuk dengan gadget mereka hingga lupa untuk bergaul.Mereka berada di dunia mereka sendiri yang banyak medarat daripada manfaat....

Walaupun zaman kanak-kanak ana tak jauh pun dengan zaman sekarang, tapi perbezaannya sangat ketara.
Ana bergaul dengan kawan-kawan lelaki, jadi aktiviti yang dilakukan semua kelakian. Pelbagai perkara yang ana lakukan, bila diingatkan kembali, seronok,kelakar, geli,semua perasaan ada...
Panjat pokok rambutan, korek tanah cari cacing, saup ikan dekat parit, mandi dekat parit , cari King, tangkap Belalang, main baling tin,bola beracun, dan macam- macam lagi...
Kebanyakan kanak-kanak zaman sekarang tidak menikmati semua itu, mereka lebih suka duduk di rumah bersama gadget mereka..

Harapan ana, semoga kanak-kanak zaman sekarang yang berfikiran lebih kehadapan dapat menggunakan  kelebihan ini untuk menjadi permata insan yang berharga pada masa akan datang...

No comments:

Post a Comment