Sunday, January 10, 2016

Alhamdulillah segalanya dipermudah

11/1/2016,
Paper terakhir for 2nd years 1st semester,
Alhamdulillah ala kullihal..
Terlalu banyak ilmu yang dapat dipelajari semester ni..ambil course Quantity Surveyor, measurement,estimating,economic,contract,legal,building services core subject yang diambil sem ni. Pelbagai genre kan??? bonusnya apabila belajar di IIUM, university subject, focus on islamic subject,.ana ambil Quran Sunnah and Build Environment (QSBE) sem ni, apabila belajar pelbagai ilmu2 fardhu kifayyah, terkadang terlepas untuk belajar ilmu fardhu ain, university subject secara tidak langsung membantu memperbaiki diri yang sering alpa.

Alhamdulillah Allah permudahkan jalan menuntut ilmu, belajar dalam suasana yang selesa, dikelilingi sahabat2 yang positif, lecturer2 yang terbaik,..walaupun terkadang merungut dengan assignment,tuto,quiz,..heeeee,..adat student..setiap saat yang perlu dinikmati dan dipenuhi dengan kenangan2 terindah..

In sha Allah berbaki lagi 5 semester,untutk dilalui dengan sahabat2 yang sama, dan mencari sahabat2 yang baru. Tidak sukar mencari sahabat2 baru di IIUM ni,..ukhwah mudah terjalin, terlalu mudah,.join program dapat kenalan baru, kawan pada kawan pun kenalan juga, baru kenal time program,.tapi bila jumpa dekat luar lepas tu,macam dah kenal lama,..indah kan??..

Tutup cerita dengan azam sem depan,..
-nak join lagi banyak program,
-nak amalkan gaya hidup sihat (tarbiyah alam pagi2, pusing2 IIUM),
-nak masak macam2 lagi (ni kes bawa illegal items..heee..faham2...sudahlah)
-nak kurangkan bercakap
-nak kurangkan tengok variety show korea (heeee..macam tak jer)
-nak banyak membaca buku,majalah,

YOU DONT HAVE TO BE GREAT TO START,BUT YOU HAVE TO START TO BE GREAT

Tuesday, September 29, 2015

Allah Maha Mengetahui

Hari ini ana terasa sangat rindu pada ibu,abah dan nenek..
Apa khabar mereka di alam sana???
Adakah sampai doa2 ana buat mereka???
Dapatkah ana bersatu dengan mereka di akhirat sana???

Beruntunglah siapa yang masih ada insan2 yang mereka sayangi,
Ana kehilangan 3 tulang belakang ana 2008,2010,2015...
Ketentuan Dia, ana tiada bersama mereka saat nafas terakhir mereka,..

Saat ibu pergi,ana keluar sebentar menguruskan sesuatu,Allah ambil ibu saat ana keluar,sampai saja di hospital,orang memberitahu "ibu dah takde"...langkah yang berat diatur melihat jasad tanpa ruh..jasad insan yang mengandung,melahir,menyusu dan membesarkan ana...fikiran ana saat itu sangat kosong,..kemana orang suruh pergi ana pergi,.tiada siapa menyuruh ana memandikan ibu,ana hanya mampu menunggu walaupun hati memberonta untuk memandikan ibu..
mencium ibu  buat kali terakhir,..menahan air mata dari jatuh sangat sukar,ana cium dengan cepat kerna takut air mata jatuh ke atas ibu walaupun kalau boleh taknak berpisah dengan ibu..

Saat abah pergi,abah masuk ICU,HUKL hari ahad,dari mersing ana dan adik2 gerak ke KL. Isnin pagi dalam perjalanan ke KL makcik ana bagi tahu "abah dah xde"...air mata mengalir..cuba ditahan dihadapan adik2,tapi tak mampu..tambahan lagi memikirkan tanggungjawab yang ana perlu pikul..

Saat nenek pergi,..tengah hari sabtu,adik ana whatsapp bg tahu nenek tenat..Ya Allah,berderau darah,degupan jatung laju...makcik ana mengahantar ana dan adik ana ke TBS..sampai di TBS kami mencari tiket ke Mersing secepat yang mungkin...dapat bas pukul 5 ptg..dalam perjalanan whatsapp masuk,."kak,nenek dah takde," Allah,...tiada kata dapat ana keluarkan..terlalu berat berita itu..separuh perjalanan pun belum ana lepasi,..sepanjang dalam bas,air mata tidak dpat ana tahan...ia mengalir setiap kali kenangan2 bersama nenek muncul...

Allah Maha Mengetahui setiap apa yang diaturkanNya,pasti ada hikmah mengapa Allah tak mengizinkan ana berada disamping mereka disaat mereka menghembuskan nafas terakhir..

Buat sahabat,..satu saat kita akan mengikuti mereka,..apa bekalan kita??? siapa yang bakal mendoakan kita????

Wednesday, August 19, 2015

merindui yang tiada

Hidup ini ujian,
Allah beri ujian sebab DIA sayangkan kita,..
DIA tahu kemampuan kita..
Di saat kita rasa terbeban dan tiada orang untuk mengadu,kita akan cari DIA..
kita akan minta dia memberi kekuatan pada kita..

Sedikit perkongsian ana..Allah ambil ibu abah ana. Singkat masa yang dipinjamkan untuk ana bersama mereka. Alhamdulillah,masa yang singkat itu ibu abah ana sempat memberi didikan agama yag terbaik buat ana. Hati remaja, mudah sangat goyah. Ana tidak terlepas kadang kala mempersoalkan takdir," mengapa ana yang diuji?" saat hidup rasa sangat membebankan ana sering berfikiran sebegitu. Ada satu tahap, ana berdoa " Ya Allah, izinkan ana dengar suara ibu walaupun sekali," mengarut bukan??? tapi ana tahu bukan ana sahaja berdoa seperti itu, ramai anak2 yatim berdoa perkara yang sama. Mengapa ingin mendengar suara ibu? sebab suara ibu itu mampu menenangkan hati. Buat mereka yang melului apa yang ana lalui,.sentiasalah zikrullah,.DIA akan membantu kita. Buat mereka yang tak lalui apa yang ana lalui,.hargailah ibu bapa anda, kerana pabila mereka sudah tiada, tidak ada istilah "kalau" lagi. 


Monday, July 27, 2015

1st raya tanpa nenek

Nenek pergi bertemu penciptanya pada 4/7/2015..Sekali lagi Allah tak mengizinkan ana berada di samping orang yang tersayang di saat hembusan nafas terakhir.Ibu, abah dan kali ni nenek. Nenek mengambil alih tugas ibu menjaga kami dengan baik. Ana bersyukur dapat menjaga nenek ketika nenek sakit dan Allah mengizinkan ana melihat nenek buat kali terakhir.

Syawal pertama tanpa nenek. Sangat2 terasa. Kebiasaannya nenek akan memberi arahan untuk persediaan syawal. Mengecat,mengemas,mengelap,memasak....Setiap tahun nenek akan buat bahulu yang menjadi kesukaan ana. Tahun ini tak dapat rasa bahulu nenek...Nenek akan menganyam ketupat and after that cucu2 akan masokkan beras. Tahun ni ketupat tak jadi..last2 makan ketupat segera saja. Pagi syawal tidak kedengaran lagi riuh suara nenek mengejut semua orang bangun. Selepas bermaaf -maafan kami semua ke kubur menziarah kubur nenek and ibu...

Halimah binti Amri,.
Nama yang tidak dikenali oleh dunia,
Tidak pula dibanggakan oleh masyarakat,
namun hebatnya dia pada kasihnya,
menjaga cucu yatim piatu,
tanpa keluhan menguruskan kehidupan harian,
setiasa memberikan yang terbaik,
Janji Ilahi itu pasti,
Ganjaran akhirat akan dimiliki,
Anak2 yatim menjadi saksi,
pengorbanan nenek kekasih hati..